Sejak akhir-akhir ini Bank Negara telah menyenaraihitamkan nama syarikat yang menawarkan skim pelaburan termasuk pelaburan emas yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. Antaranya ada syarikat emas yang beroperasi dengan mengambil deposit daripada orang ramai untuk pelaburan emas dan menjanjikan pulangan pada setiap bulan, syarikat tidak berdaftar dengan SSM dan sebagainya. Senarai syarikat terbabit adalah seperti berikut : http://www.bnm.gov.my/documents/2012/Senarai_nama_entiti_dan_laman_sesawang_n.pdf.
Sehubungan itu, adalah penting kita sebagai pelabur agar tidak mudah terpedaya dengan berbagai skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan yang lumayan. Bagi pelabur emas, adalah selamat untuk kita memilih platform yang betul untuk membuat pelaburan. Berikut adalah keratan akhbar mengenai kerugian yang dialami oleh pelabur kerana terlibat dengan skim pelaburan emas.
GEORGETOWN: Seramai 60 individu mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25 juta sejak tahun lalu selepas terpedaya dengan pulangan keuntungan segera melalui skim pelaburan emas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
Pulau Pinang, ACP Roslee Chik, berkata setakat ini polis menerima 30
laporan yang dibuat oleh pelabur yang mendakwa diperdaya sindiket itu.
“Modus operandi syarikat itu adalah
menjual jongkong emas seberat sekilogram dengan harga pasaran antara
RM135,000 hingga RM150,000.
“Apa yang menarik syarikat itu turut menawarkan pulangan tiga peratus daripada harga emas kepada pembeli bagi setiap bulan dalam tempoh tiga bulan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
E-mail
dari pegawai Bank Negara yang mengesahkan sebuah operasi skim emas di
Kuching tengah dipantau dan akan di ambil tindakan tidak lama lagi..
Roslee berkata, syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang itu membayar
dividen tiga peratus berkenaan pada bulan pertama dan kedua sebelum
menawarkan untuk membeli semula jongkong emas terbabit pada bulan
ketiga.
“Apabila pembeli bersetuju untuk menjual
semula dan telah menyerahkan emas berkenaan, wakil syarikat terbabit
melarikan diri bersama emas tanpa membuat sebarang bayaran,” katanya.
Roslee berkata, siasatan mendapati syarikat
berkenaan tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Negara bagi menguruskan urusan jual
beli emas.
Katanya, setakat ini pihaknya telah
menahan tiga lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat
berkenaan dan sedang mengesan 10 lagi bagi membantu siasatan kes itu.
Sementara itu, dalam perkembangan lain,
Roslee turut mendedahkan seramai 32 orang kerugian RM300,000 selepas
menjadi mangsa sindiket penipuan melalui panggilan telefon.
“Anggota sindiket berkenaan yang
menyamar sebagai pegawai mahkamah, Kastam atau polis akan membuat
panggilan dan memalsukan identiti nombor telefon bimbit dengan
menggunakan satu laman web di internet yang dikenali sebagai Voice Over
Internet Protocol (VOIP),” katanya.
Roslee berkata, sindiket itu kemudian
menawarkan untuk membantu mangsa yang sedang menghadapi kes jenayah
dengan mengenakan sejumlah bayaran yang perlu dimasukkan ke dalam akuan
bank tertentu.
“Sehingga sekarang kita tidak ada jalan
penyelesaian berhubung VOIP dan polis juga tidak menolak kemungkinan
sindiket berkenaan mempunyai kaitan dengan ‘orang dalam’ kerana
mempunyai maklumat mangsa yang menghadapi kes jenayah,” katanya dam
menurutnya siasatan lanjut sedang dijalankan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan
orang ramai supaya meneliti sebarang pelaburan dan panggilan telefon
bagi mengelak ditipu pihak tidak bertanggungjawab.
Orang
ramai boleh menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang
di talian 04-2221591 bagi sebarang pertanyaan berhubung pelaburan atau
panggilan telefon yang mencurigakan. – Bernama

No comments:
Post a Comment