Zakat Emas dan Perak

Syariat mewajibkan zakat emas dan perak dalam bentuk wang atau leburan logam, mahupun dalam bentuk yang lain seperti jongkong, matawang, perkakas atau perhiasan wanita atau rumah.

Dalil Wajib Zakat Emas dan Perak

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"  Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka) : "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah azab dari apa yang kamu simpan itu".

(Surah At-Taubah : Ayat 34-35)

Pengiraan Zakat Emas dan Perak

1.  Emas tidak dipakai (Disimpan)
     Emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun jika melebihi 85 gram (nisab)

     Kiraan Zakat

     Berat emas tidak dipakai x harga emas semasa (1 gram) x 2.5%

     Contoh
     100g x RM190 x 2.5%
     Jumlah zakat = RM475

 2. Emas yang dipakai                                                                                                             
     Emas yang dipakai sebagai perhiasan sekali sekala atau secara berterusan dalam tempoh setahun dan
     melebihi Uruf (kadar biasa pemakaian emas penduduk setempat) maka  wajib dikeluarkan zakat atas
     lebihan dari nilai Uruf. Kadar Uruf di Wilayah Persekutuan adalah 150 gram. Anda boleh rujuk nilai Uruf
     di Pusat Pungutan Zakat  berdekatan dengan tempat anda.

     Kiraan Zakat     (Berat emas dipakai - Uruf) x harga emas semasa (1 gram) x 2.5%

     Contoh
     (200g -150g) x RM190 x 2.5%
     Jumlah zakat = RM237.50

3.  Zakat Perak
     Perak yang disimpan dalam tempoh setahun jika melebihi nisab (595 gram)

     Kiraan Zakat      Berat barangan perak x harga perak semasa (1 gram) x 2.5%

     Contoh
     1000g x RM4.12 x 2.5%
     Jumlah zakat = RM103

Sumber : Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.



   

No comments:

Post a Comment