Admin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar anda semua? Saya berharap anda sihat sentiasa dan dimurahkan rezeki. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan IzinNya saya dapat menghasilkan blog ini untuk berkongsi ilmu mengenai pelaburan emas dan perak. Terima kasih kepada anda pembaca kerana sudi membaca blog saya ini dan terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kepada  Public Gold, ahli keluarga, dealer-dealer emas, para pelanggan dan sahabat handai yang menyokong saya selama ini. Sememangnya blog ini masih baru dan memerlukan penambahbaikan dari segi format dan kandungannya dari semasa ke semasa. Saya memohon maaf di atas segala kekurangan dan komen dari anda amat dialu-alukan. Saya berharap anda akan mendapat manfaat selepas membaca blog ni dan diharap ianya dapat  membimbing anda mengenai cara-cara membuat pelaburan  emas dan perak yang betul. 

Akhir kata saya doakan semoga anda KAYA dan BERJAYA dalam pelaburan emas dan perak. Sekian, terima kasih.


Faizah binti Abdullah


Gambar saya bersama Master Dealer Pokli di Public Gold Seremban
Gambar saya bersama Mahaguru Syukur bin Hashim di
 Vistana  Hotel, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment