Saturday, 23 June 2012

Pelaburan Emas

Sebelum penggunaan mata wang atau duit sebagai medium pertukaran diperkenalkan, masyarakat dahulu menggunakan sistem pertukaran barang atau sistem barter untuk mendapatkan barang yang lain.  Setelah berlalu zaman pertukaran barang, masyarakat mula menggunakan emas untuk menggantikan sistem pertukaran yang banyak kelemahan dari segi ukuran, terutama untuk mengukur barang. Emas dilihat sebagai logam yang bernilai, berkilau dan menarik serta dapat diterima oleh semua manusia.

Pada zaman Nabi Muhammad, emas digunakan sebagai mata wang dan barang perhiasan. Emas turut dipancarkan sebagai simbol kekayaan. Emas  dan perak yang yang dikenali sebagai dinar dan dirham telah digunakan sepenuhnya sejak zaman Khalifah Umar al-Khatab. Nabi Muhammad telah mengingatkan bahawa manusia akan lalai kerana wang. Sehubungan itu, Abu Bakar R.A telah meriwayatkan bahawa dia telah mendengar Nabi Muhammad S.A.W bersabda 

"Akan tiba suatu masa apabila duit tidak lagi bernilai dan yang akan boleh digunakan hanya emas dan perak"

Pada hari ini kegunaan emas tidak lagi sebagai barang perhiasan sahaja malah telah berkembang sebagai alat pelaburan yang memberi pulangan yang tinggi kepada pelabur. Bagi orang muslim khususnya, hal ini bukan sahaja mempunyai kaitan dengan keuntungan daripada pelaburan emas sahaja malah kesedaran untuk menghidupkan kembali kegunaan atau kelebihan emas sebagai simbol matawang Islam. Emas yang dikatakan mengalami kenaikan nilai pada setiap tahun merupakan portfolio pelaburan yang paling berisiko rendah. Oleh itu masyarakat dan individu digalakkan supaya menyimpan emas dengan menukarkan wang kertas mereka kepada emas.

Petikan dari Majalah Dewan Ekonomi April 2012


PESANAN DARI ADMIN : SIMPANLAH EMAS FIZIKAL

No comments:

Post a Comment