Saturday, 23 June 2012

10 KESILAPAN PELABURAN EMAS

 

Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu. Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana talk tentang pelaburan emas.
Kesilapan #2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama. Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab anda belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.

Kesilapan #3: Membeli barang kemas. Barang kemas PERHIASAN biasa bukanlah emas pelaburan. (1) Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan (2) kos upahnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. (2) Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. Kecuali barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas i-series Public Gold.
Kesilapan #4: Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas. Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. www.fgjam.org.my, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.
Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread antara 4% - 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit yang memang tak pakai at least setahun.
Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas. Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.
Kesilapan #7: Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain. Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.
Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul. Umumnya, teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Dan antara tips penting untuk memajak emas di Ar-Rahnu, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.
Kesilapan #9: Membeli emas fizikal di bank. Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, bengkok dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima, kita akan rugi 25% kalau jual sebagai 'used gold' di kedai emas.

Kesilapan #10: Menjual emas di tempat yang salah. Emas senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat terbaik menjual emas anda ialah di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan daripada harga semasa.

Kredit kepada Mohdzulkifli.com


Nota dari Admin : Semenjak menceburi pelaburan emas ini saya juga mempunyai pengalaman dengan melakukan beberapa kesilapan seperti di atas kerana kurangnya ILMU dalam pelaburan emas pada masa tersebut. Oleh itu, perkara yang paling penting ialah untuk mendapatkan ILMU sebelum memulakan pelaburan seperti menghadiri seminar percuma yang dianjurkan oleh Public Gold, dapatkan khidmat nasihat dari mentor, membaca blog, e-book dan sebagainya kerana dengan adanya ILMU kerugian dalam pelaburan emas dapat dielakkan dan keuntungan dapat dimaksimakan.


 
 Gambar saya (hadapan sekali) semasa menghadiri Seminar 5B di Vistana Hotel pada bulan Februari 2012

Pelaburan Emas

Sebelum penggunaan mata wang atau duit sebagai medium pertukaran diperkenalkan, masyarakat dahulu menggunakan sistem pertukaran barang atau sistem barter untuk mendapatkan barang yang lain.  Setelah berlalu zaman pertukaran barang, masyarakat mula menggunakan emas untuk menggantikan sistem pertukaran yang banyak kelemahan dari segi ukuran, terutama untuk mengukur barang. Emas dilihat sebagai logam yang bernilai, berkilau dan menarik serta dapat diterima oleh semua manusia.

Pada zaman Nabi Muhammad, emas digunakan sebagai mata wang dan barang perhiasan. Emas turut dipancarkan sebagai simbol kekayaan. Emas  dan perak yang yang dikenali sebagai dinar dan dirham telah digunakan sepenuhnya sejak zaman Khalifah Umar al-Khatab. Nabi Muhammad telah mengingatkan bahawa manusia akan lalai kerana wang. Sehubungan itu, Abu Bakar R.A telah meriwayatkan bahawa dia telah mendengar Nabi Muhammad S.A.W bersabda 

"Akan tiba suatu masa apabila duit tidak lagi bernilai dan yang akan boleh digunakan hanya emas dan perak"

Pada hari ini kegunaan emas tidak lagi sebagai barang perhiasan sahaja malah telah berkembang sebagai alat pelaburan yang memberi pulangan yang tinggi kepada pelabur. Bagi orang muslim khususnya, hal ini bukan sahaja mempunyai kaitan dengan keuntungan daripada pelaburan emas sahaja malah kesedaran untuk menghidupkan kembali kegunaan atau kelebihan emas sebagai simbol matawang Islam. Emas yang dikatakan mengalami kenaikan nilai pada setiap tahun merupakan portfolio pelaburan yang paling berisiko rendah. Oleh itu masyarakat dan individu digalakkan supaya menyimpan emas dengan menukarkan wang kertas mereka kepada emas.

Petikan dari Majalah Dewan Ekonomi April 2012


PESANAN DARI ADMIN : SIMPANLAH EMAS FIZIKAL