Saturday 12 January 2013

MENYIMPAN EMAS DINAR UNTUK MENUNAIKAN HAJI


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ini saya nak berkongsi kaedah menyimpan emas untuk menunaikan haji. Sekiranya tuan/puan atau saudara dan saudari mempunyai perancangan untuk menunaikan haji maka eloklah menyimpan emas dalam bentuk dinar dari sekarang. Ini adalah kerana nilai emas semakin meningkat setiap tahun berbanding dengan menyimpan wang fiat yang semakin susut nilainya. Sekiranya anda menyimpan emas dari tahun 2009, anda hanya memerlukan 13 keping bagi seorang jemaah dan 26 keping bagi 2 orang jemaah untuk menunaikan haji pada tahun 2012 dengan membeli  1dinar PG pada harga RM476 sekeping. Berbanding pada tahun 2009, anda memerlukan 21 keping bagi seorang jemaah dan 42 keping bagi 2 orang jemaah. BERAPA KEPING 1 DINAR PG YANG DIPERLUKAN UNTUK MENUNAIKAN HAJI PADA TAHUN 2013 DAN SETERUSNYA?? SUDAH SEMESTINYA JUMLAH DINAR YANG DIPERLUKAN SEMAKIN BERKURANGAN KERANA NILAI EMAS SEMAKIN MENINGKAT PADA SETIAP TAHUN.

TAPI SEBELUM ITU TUAN/PUAN MESTILAH MENDAFTAR DENGAN TABUNG HAJI DAHULU SEBAGAI LANGKAH PERTAMA. LANGKAH KEDUA : MULA MENYIMPAN DINAR.



Tahun
Harga I Dinar PG
Kos Haji (RM)
Dinar yang diperlukan
Seorang Jemaah
2 Orang Jemaah
2009
476
9,980
21 keping
42 keping
2010
590
9,980
17 keping
34 keping
2011
813
9,980
12 keping
24 keping
2012
751
9,980
13 keping
26 keping















Sunday 11 November 2012

Memilih Produk Emas berdasarkan Spread atau Susut


Saudara dan saudari,

Pemilihan produk emas berdasarkan spread atau susut adalah penting untuk memaksimakan keuntungan dan meraih keuntungan dalam jangka masa yang lebih singkat. Apa itu spread atau susut ? Spread adalah perbezaan antara harga yang dijual oleh Public Gold (PG SELL) atau kedai emas dengan harga yang dibeli semula oleh Public gold (PG BUY) ataupun kedai emas. Kebiasaannya spread bagi barang kemas yang dibeli semula oleh kedai emas adalah amat tinggi iaitu sehingga mencapai 21%. Oleh itu, penyimpan emas terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk meraih keuntungan kerana spread yang tinggi.

Berbeza dengan Public Gold yang menawarkan produk yang rendah peratus susutnya. Sehubungan itu, Public Gold adalah satu platform yang paling baik untuk penyimpan emas meraih keuntungan dalam masa yang lebih singkat. Kadar susut serendah 4.5% bagi gold bar, 5% bagi dinar dan 12% bagi silver ditunjukkan seperti di bawah.


Public Gold Price (24 Hours Live)

(Last updated 2012-11-11_21:55:56)
PG SellPG Buy
(Inclusive all costs, FOB Ex Penang, Malaysia)
10 gramRM 1,859.00RM 1,710.008%
20 gramRM 3,684.00RM 3,463.006%
50 gramRM 9,166.00RM 8,662.00 5.5%
100 gramRM 18,246.00RM 17,334.005%
250 gramRM 45,401.00RM 43,358.004.5%
500 gramRM 90,803.00RM 86,716.00 4.5%
1 DinarRM 751.00RM 706.006%
2 DinarRM 1,502.00RM 1,412.006%
5 DinarRM 3,739.00RM 3,533.005%
10 DinarRM 7,444.00RM 7,072.005%
i-Series 22K Jewellery
5 gramRM 864.00RM 778.0010%
10 gramRM 1,728.00RM 1,555.00 10%
20 gramRM 3,456.00RM 3,110.0010%
50 gramRM 8,640.00RM 7,776.0010%
100 gramRM 17,279.00RM 15,551.0010%

Public Silver Price (24 Hours Live)

(Last updated 2012-11-11_21:55:56)
PG SellPG Buy
100 gramRM 403.00RM 342.00 15%
250 gramRM 1,002.00RM 862.0014%
500 gramRM 1,997.00RM 1,737.0013%
1 kilogramRM 3,977.00RM 3,500.00 12%
10 DirhamRM 134.00RM 112.0016%
(Inclusive all costs, FOB Ex Penang, Malaysia)


Saya mencadangkan anda memilih 100g, 250g dan 500g bagi gold bar kerana susutnya antara 5 dan 4.5%. Bagi dinar pula, saya mencadangkan anda memilih 5 dan 10 dinar. Silver - 1 kg.

Jika anda adalah dealer Public Gold, maka % susut tersebut semakin berkurang kerana ditolak dengan komisen yang akan anda perolehi apabila membeli produk Public Gold.  Peratus komisen bagi Normal Dealer adalah 1%, Priority Dealer 1.5% dan Master Dealer 2%.





Bank Negara Lifted Public Gold From Alert List

Public Gold juga telah tersenarai dalam Alert List Bank Negara pada 27 September 2012. Bagaimanapun, pada 29 Oktober 2012 Bank Negara telah mengeluarkan Public Gold dari senarai tersebut kerana mendapati Public Gold menjalankan urusniaga yang telus dengan menjual dan membeli emas dan perak secara fizikal tanpa menipu dengan membuat tawaran yang tidak munasabah dan mengambil kesempatan ke atas pelanggannya.
















Joint Raids on Genneva Malaysia Sdn Bhd, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd and Worldwide Far East Bhd




Sebelum ini Bank Negara telah menyenaraikan 77 syarikat yang disyaki terlibat dengan aktiviti yang tidak sah seperti mengambil wang deposit dari orang ramai tanpa kebenaran, tidak berdaftar dengan SSM dan terlibat dengan aktiviti pelaburan tanpa kebenaran Bank Negara termasuk syarikat pelaburan emas. Tujuan penyenaraian ini adalah sebagai panduan kepada orang ramai supaya berhati-hati dan tidak terjebak dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi seperti skim cepat kaya dan sebagainya. Pada 1 Oktober 2012, sebuah syarikat pelaburan emas iaitu Genneva Malaysia Sdn Bhd telah diserbu oleh Bank Negara, Polis DiRaja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta SSM. Syarikat Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd juga turut diserbu. Berikut adalah kenyataan akhbar dari Bank Negara mengenai sebuan tersebut.

 
Following the joint raids on Genneva Malaysia Sdn Bhd, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd and Worldwide Far East Bhd by the Royal Malaysian Police, Bank Negara Malaysia, Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism and the Companies Commission of Malaysia are mobilising the necessary resources to expedite the investigations into these companies.

These companies are being investigated jointly by the relevant enforcement agencies for suspected offences among which include illegal deposit taking, money laundering, tax evasion and avoidance, misrepresentation including false description and appointment of agents without licence.

The assets and the accounts seized and frozen arising from the raids are preserved for the purpose of facilitating investigation into the suspected offences and to protect the interest of the investors.

Any enforcement actions by the relevant authorities on unregulated financial and investment schemes are carried out to protect members of the public from risking their hard earned monies. Members of the public should be cautious of investment schemes that promise high returns over a short period of time with an arrangement that guarantees the return of the principal amount invested. Members of the public are advised to check with the relevant authorities when dealing with companies or individuals offering seemingly attractive business opportunities or financial services that are not licensed by the authorities.

For more information, members of the public may contact the following:

BNMTELELINK (Customer Contact Centre)
Tel: 1-300-88-5465
Fax: (03)2174 1515



Bank Negara Malaysia
The Royal Malaysian Police
Ministry of Domestic Trade, Cooperative and Consumerism
Companies Commission of Malaysia




 

Saturday 8 September 2012

AWAS ! JANGAN TERLIBAT DENGAN SKIM CEPAT KAYA

Sejak akhir-akhir ini Bank Negara telah menyenaraihitamkan nama syarikat yang menawarkan skim pelaburan termasuk pelaburan emas yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan. Antaranya ada syarikat emas yang beroperasi dengan mengambil deposit daripada orang ramai  untuk pelaburan emas dan menjanjikan pulangan pada setiap bulan, syarikat tidak berdaftar dengan SSM dan sebagainya. Senarai syarikat terbabit adalah seperti berikut : http://www.bnm.gov.my/documents/2012/Senarai_nama_entiti_dan_laman_sesawang_n.pdf.


 
Sehubungan itu, adalah penting kita sebagai pelabur agar tidak mudah terpedaya dengan berbagai skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan yang lumayan. Bagi pelabur emas, adalah selamat untuk kita memilih platform yang betul untuk membuat pelaburan. Berikut adalah keratan akhbar mengenai kerugian yang dialami oleh pelabur kerana terlibat dengan skim pelaburan emas.


GEORGETOWN: Seramai 60 individu mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25 juta sejak tahun lalu selepas terpedaya dengan pulangan keuntungan segera melalui skim pelaburan emas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, ACP Roslee Chik, berkata setakat ini polis menerima 30 laporan yang dibuat oleh pelabur yang mendakwa diperdaya sindiket itu.
“Modus operandi syarikat itu adalah menjual jongkong emas seberat sekilogram dengan harga pasaran antara RM135,000 hingga RM150,000.
“Apa yang menarik syarikat itu turut menawarkan pulangan tiga peratus daripada harga emas kepada pembeli bagi setiap bulan dalam tempoh tiga bulan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

E-mail dari pegawai Bank Negara yang mengesahkan sebuah operasi skim emas di Kuching tengah dipantau dan akan di ambil tindakan tidak lama lagi..
Roslee berkata, syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang itu membayar dividen tiga peratus berkenaan pada bulan pertama dan kedua sebelum menawarkan untuk membeli semula jongkong emas terbabit pada bulan ketiga.
“Apabila pembeli bersetuju untuk menjual semula dan telah menyerahkan emas berkenaan, wakil syarikat terbabit melarikan diri bersama emas tanpa membuat sebarang bayaran,” katanya.
Roslee berkata, siasatan mendapati syarikat berkenaan tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bank Negara bagi menguruskan urusan jual beli emas.
Katanya, setakat ini pihaknya telah menahan tiga lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan dan sedang mengesan 10 lagi bagi membantu siasatan kes itu.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Roslee turut mendedahkan seramai 32 orang kerugian RM300,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan melalui panggilan telefon.
“Anggota sindiket berkenaan yang menyamar sebagai pegawai mahkamah, Kastam atau polis akan membuat panggilan dan memalsukan identiti nombor telefon bimbit dengan menggunakan satu laman web di internet yang dikenali sebagai Voice Over Internet Protocol (VOIP),” katanya.
Roslee berkata, sindiket itu kemudian menawarkan untuk membantu mangsa yang sedang menghadapi kes jenayah dengan mengenakan sejumlah bayaran yang perlu dimasukkan ke dalam akuan bank tertentu.
“Sehingga sekarang kita tidak ada jalan penyelesaian berhubung VOIP dan polis juga tidak menolak kemungkinan sindiket berkenaan mempunyai kaitan dengan ‘orang dalam’ kerana mempunyai maklumat mangsa yang menghadapi kes jenayah,” katanya dam menurutnya siasatan lanjut sedang dijalankan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya meneliti sebarang pelaburan dan panggilan telefon bagi mengelak ditipu pihak tidak bertanggungjawab.
Orang ramai boleh menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang di talian 04-2221591 bagi sebarang pertanyaan berhubung pelaburan atau panggilan telefon yang mencurigakan. – Bernama



Saturday 23 June 2012

10 KESILAPAN PELABURAN EMAS

 

Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu. Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana talk tentang pelaburan emas.
Kesilapan #2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama. Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab anda belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.

Kesilapan #3: Membeli barang kemas. Barang kemas PERHIASAN biasa bukanlah emas pelaburan. (1) Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan (2) kos upahnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. (2) Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. Kecuali barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas i-series Public Gold.
Kesilapan #4: Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas. Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. www.fgjam.org.my, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.
Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread antara 4% - 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit yang memang tak pakai at least setahun.
Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas. Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.
Kesilapan #7: Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain. Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.
Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul. Umumnya, teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Dan antara tips penting untuk memajak emas di Ar-Rahnu, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.
Kesilapan #9: Membeli emas fizikal di bank. Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, bengkok dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima, kita akan rugi 25% kalau jual sebagai 'used gold' di kedai emas.

Kesilapan #10: Menjual emas di tempat yang salah. Emas senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat terbaik menjual emas anda ialah di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan daripada harga semasa.

Kredit kepada Mohdzulkifli.com


Nota dari Admin : Semenjak menceburi pelaburan emas ini saya juga mempunyai pengalaman dengan melakukan beberapa kesilapan seperti di atas kerana kurangnya ILMU dalam pelaburan emas pada masa tersebut. Oleh itu, perkara yang paling penting ialah untuk mendapatkan ILMU sebelum memulakan pelaburan seperti menghadiri seminar percuma yang dianjurkan oleh Public Gold, dapatkan khidmat nasihat dari mentor, membaca blog, e-book dan sebagainya kerana dengan adanya ILMU kerugian dalam pelaburan emas dapat dielakkan dan keuntungan dapat dimaksimakan.


 
 Gambar saya (hadapan sekali) semasa menghadiri Seminar 5B di Vistana Hotel pada bulan Februari 2012

Pelaburan Emas

Sebelum penggunaan mata wang atau duit sebagai medium pertukaran diperkenalkan, masyarakat dahulu menggunakan sistem pertukaran barang atau sistem barter untuk mendapatkan barang yang lain.  Setelah berlalu zaman pertukaran barang, masyarakat mula menggunakan emas untuk menggantikan sistem pertukaran yang banyak kelemahan dari segi ukuran, terutama untuk mengukur barang. Emas dilihat sebagai logam yang bernilai, berkilau dan menarik serta dapat diterima oleh semua manusia.

Pada zaman Nabi Muhammad, emas digunakan sebagai mata wang dan barang perhiasan. Emas turut dipancarkan sebagai simbol kekayaan. Emas  dan perak yang yang dikenali sebagai dinar dan dirham telah digunakan sepenuhnya sejak zaman Khalifah Umar al-Khatab. Nabi Muhammad telah mengingatkan bahawa manusia akan lalai kerana wang. Sehubungan itu, Abu Bakar R.A telah meriwayatkan bahawa dia telah mendengar Nabi Muhammad S.A.W bersabda 

"Akan tiba suatu masa apabila duit tidak lagi bernilai dan yang akan boleh digunakan hanya emas dan perak"

Pada hari ini kegunaan emas tidak lagi sebagai barang perhiasan sahaja malah telah berkembang sebagai alat pelaburan yang memberi pulangan yang tinggi kepada pelabur. Bagi orang muslim khususnya, hal ini bukan sahaja mempunyai kaitan dengan keuntungan daripada pelaburan emas sahaja malah kesedaran untuk menghidupkan kembali kegunaan atau kelebihan emas sebagai simbol matawang Islam. Emas yang dikatakan mengalami kenaikan nilai pada setiap tahun merupakan portfolio pelaburan yang paling berisiko rendah. Oleh itu masyarakat dan individu digalakkan supaya menyimpan emas dengan menukarkan wang kertas mereka kepada emas.

Petikan dari Majalah Dewan Ekonomi April 2012


PESANAN DARI ADMIN : SIMPANLAH EMAS FIZIKAL